
Tepung
Bahan-bahan :
1 bgks Tepung Pulut Hitam - yg telah siap dikisar
250 gm Tepung Pulut
2 mgk Santan
1/2 st Garam
Cara :
1. Gaul rata tepung pulut hitam, tepung pulut, santan dan garam. Uli adunan ni menjadi satu doh yang
lembut dan boleh dibentuk.

Inti
Bahan-bahan :
1 bj Kelapa parut - putih sahaja
1/2 cwn Gula Melaka
1 cwn Gula Pasir
2 helai Daun pandan
1/2 cwn Air
Cara :
1. Gaulkan semua bahan inti dalam periuk. Jerangkan dia atas api yang sederhana.
2. Kacaukan inti hingga merengas dan separa kering. Angkat dan ketepikan.

Dadih
Bahan-bahan :
2 mgk Santan
1 cwn Tepung gandum
1 cwn Tepung beras
Garam
Cara :
1. Masukan santan ke dalam periuk dan masak sambil terus mengacau.
2. Kemudian masukan garam.
3. Setelah sedikit mendidih masukan tepung gandum dan tepung beras.
4. Masak sehingga sedikit kental.

Bungkus seperti gambar diatas.

Setelah di kukus ini la hasilnya.....