Pages

Wednesday 27 March 2013

Kuih Ros



Bahan 

250 gm tepung gandum
100 gm tepung beras
400 gm tepung sagu
500 gm gula aising
2 biji kelapa - diambil santannya (dalam 13 cawan)
4 biji telur (saiz b)

Caranya

Bancuh semua bahan ke dalam mangkuk
Sekiranya bergentel blend sedikit agar lebih sebati
Panaskan minyak
Celupkan acuan dan goreng ke dalam minyak tadi
Setelah masak,toskan.
Selamat Menjamu Selera

Kek Pisang Kukus



Bahan

2 cawan tepung gandum
1 cawan gula kastor
4 biji telur
4 biji pisang (dilecek)
1/2 cawan minyak masak
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
1 sudu keil esen vanilla
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil ovallete

Caranya

pukul telur dan gula kastor hingga kembang
Masukkan esen vanilla.
Masukkan tepung gamndum + soda bikarbonat + baking powder sedikit demi sedikit.
Masukkan ovallete
Masukkan minyak masak dan garam.
Masukkan pisang yang dilecek.
Sapukan margerin pada loyang dan alas kertas minyak
Selamat Menjamu Selera

Udang Galah Masak Lemak Cili Api



Bahan

1/2 kilo udang galah
1 biji kelapa - di ambil santan
15 tangkai cili api
1 batang serai
2 potong nenas
1 helai daun kunyit
1 inci kunyit hidup
Garam


Caranya

Kunyit ditumbuk bersama garam kasar dan cili padi.
Masukkan santan ke dalam periuk.
Masukkan kunyit dan cili api yang telah ditumbuk.Masukkan serai.
Biarkan ia sedikit mendidih.kacau agar tidak naik minyak.
Setelah itu masukkan udang dan biarkan ia masak.Teruskan mengacau.
Apabila udang masak baru masukkan nenas, daun kunyit dan tutup apinya.
Selamat Menjamu Selera

Roti Jala




Bahan

1/2 kilo tepung gandum
2 cawan santan cair
2 sudu margerin
Sedikit garam
Pewarna kuning

Caranya

Masukkan tepung ke dalam mangkuk.
Gaulkan bersama margerin dan garam.
Letakkan santan.Sekiranya adunan pekat letakkan air.
Kemudian diblend
Sesuaikan kepekatan adunan agar boleh keluar dari acuannya.Letakkan pewarna kuning mengikut kesukaan.
Kemudian panaskan kuali leper.
Letak sedikit minyak,kirai adunan mengikut bulatan yang disukai.
Renjiskan sedikit minyak menggunakan daun pandan agar permukaan roti jala berkilat.
Setelah masak,angkat dan gulungkan.
Boleh dimakan bersama kari daging atau ayam.
Selamat Menjamu Selera

Tauhu Sumbat




Bahan

10 keping tauhu - digoreng dan dibelah dua
1/2 biji timun - dihiris
1/2 biji sengkuang - dihiris

Bahan Kuah

500 gm kacang tanah - digoreng dan di blend kasar
1 cawan air asam jawa - cair
5 atau 8 tangkai lada kering - digoreng
3 biji bawang merah - dihiris dan digoreng
1 biji bawang puting - dihiris dan digoreng
8 sudu besar gula pasir
sedikit garam

Caranya

Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk.
Sesuaikan rasa mengikut citarasa.
Setelah itu diblend lagi sehingga kacang menjadi halus.Sekiranya adunan pekat tambah air panas.
Selamat Menjamu Selera

Jeli Kelapa





Bahan-bahan

3 biji kelapa pandan
1 paket jeli - jenama Konnyaku perisa plain
15 sudu besar gula pasir
15 cawan air kelapa (klau tak cukup tambah air putih)

Caranya
Kelapa di belah ambil air untuk dimasak bersama jeli.
Isi kelapa di kaut dan dipotong kecil mengikut besar yg disukai dan letak didalam bekas kecil (mangkuk kecil)
Masak air kelapa dan masukan gula pasir.
Biarkan mendidih.
Setelah itu masukan jeli powder dan biar sedikit masak.
Kemudian bolehlah di tuangkan ke dalam mangkuk yg berisi isi kelapa.
Setelah sejuk bolehlah ditutup dan masukan ke dalam peti ais...
Enak dimakan ketika hari panas...
Selamat Menjamu Selera

Ikan Talapia Masam Manis




Bahan-bahan

1 ekor ikan talapia/siakap
4 sudu tepung gandum
   sedikit serbuk kunyit
   sedikit garam

Caranya
Bersihkan ikan. Gaulkan kunyit, garam dan salut bersama tepung. kemudian goreng sehingga garing.

Untuk sosnya
1 biji bawang putih - di cincang halus
2 biji bawang merah - dicincang halus
2 sudu cili boh
1 sudu besar sos tiram
1/2 biji tomato - dipotong dadu
3 inci nenas - dipotong dadu
1 biji bawang besar
2 batang kacang panjang
2 sudu besar sos cili
sedikit garam
sedikit gula

Caranya
Tumiskan bawang putih dan bawang merah. masukan cili boh dan biarkan garing.
Masukkan sedikit air, sos cili , sos tiram, garam dan gula secukup rasa.
Setelah mendidih masukan tomato, nenas,kacang panjang dan bawang besar.
Biarkan ianya masak sedikit dan setelah siap bolehlah dituangkan ke atas ikan yg telah di goreng....Siap


Selamat Menjamu Selera

Resepi Tepung Gomak





Bahan-bahan

Untuk di salut
250 gm kacang hijau - di goreng tanpa minyak. Kemudian diblend (jgn sampai hancur sangat) dan di 
                                   anginkan buang kulitnya. setelah itu di blend lg sehingga betul2 halus....

Untuk intinya
250 gm kacang hijau - rendam selama 2 jam atau semalaman
1 biji kelapa - 1/2 diambil santan
                    - 1/2 dicampur ke dalam inti
1/2 biji gula melaka
7 sudu gula pasir

Caranya.
Rebus kacang hijau sehingga betul2 lembut atau sedikit hancur kemudian masukan gula melaka dan gula pasir. Setelah semuanya larut masukan santan dan kelapa. Sesuai kan kemanisan mengikut citarasa masing2.

Untuk tepung nya
1/2 paket tepung pulut
sedikit garam

Caranya
Bancuh tepung bersama sedikit garam dan air. Biar menjadi doh yg lembut. Kemudian bulat2 kan. Masukan inti dan biar menjadi seperti sebiji bola pingpong.. Panaskan air dan masukan tepung td. Tunggu sehingga ianya timbul yg bererti sudah masak. kemudian gaulkan bersama kacang hijau yg sudah di blend....dah siap


Selamat Menjamu Selera