
Bahan
1/2 kilo tepung gandum
2 cawan santan cair
2 sudu margerin
Sedikit garam
Pewarna kuning
Caranya
Masukkan tepung ke dalam mangkuk.
Gaulkan bersama margerin dan garam.
Letakkan santan.Sekiranya adunan pekat letakkan air.
Kemudian diblend
Sesuaikan kepekatan adunan agar boleh keluar dari acuannya.Letakkan pewarna kuning mengikut kesukaan.
Kemudian panaskan kuali leper.
Letak sedikit minyak,kirai adunan mengikut bulatan yang disukai.
Renjiskan sedikit minyak menggunakan daun pandan agar permukaan roti jala berkilat.
Setelah masak,angkat dan gulungkan.
Boleh dimakan bersama kari daging atau ayam.
No comments:
Post a Comment