Pages

Wednesday 17 April 2013

Bergedil


Bahan-bahan :

500    gm  Daging cincang  -  saya guna daging cincang jenama Ramly
5        bj   Bawang merah  - ditumbuk
2        bj   Bawang putih   - ditumbuk
                Jintan Manis     - dikisar halus
                Jintan Putih       - dikisar halus
5        bj   Kentang - dipotong bulat
2        sb   Tepung gandum           
                Daun bawang
                Garam
1        bj   Telur


Cara :

1. Daging cincang diperap bersama bawang merah, bawang putih, jintan manis dan jintan putih. Kemudian digoreng seketika biar daging separuh masak.
2. Kentang yg dipotong bulat digaul bersama garam dan goreng sehingga masak. setelah masak toskan dan lecek kentang yang masih panas itu.
3. Campurkan kentang ke dalam daging cincang. Masukan telur dan gaul rata.
4. Kemudian masukan tepung gandum dan gaul hingga adunan boleh dikepal. Sekiranya lembik tambah lagi  tepung.
5. Akhir sekali masukan daun bawang yg dihiris halus.
6. Bulat-bulatkan adunan  mengikut besar yg disukai.
7. Apabila hendak menggoreng celupkan ke dalam telur yg telah dipukul dan goreng bergedil sehingga  masak.

Selamat Menjamu Selera

Tuesday 16 April 2013

Kuih Koci



Tepung

Bahan-bahan :

1      bgks   Tepung Pulut Hitam - yg telah siap dikisar
250  gm      Tepung Pulut
2      mgk    Santan
1/2   st        Garam 

Cara :

1. Gaul rata tepung pulut hitam, tepung pulut, santan dan garam. Uli adunan ni menjadi satu doh yang 
    lembut dan boleh dibentuk.



Inti 

Bahan-bahan :

1      bj      Kelapa parut  -  putih sahaja
1/2   cwn  Gula Melaka
1      cwn  Gula Pasir
2      helai Daun pandan
1/2   cwn Air

Cara :

1. Gaulkan semua bahan inti dalam periuk. Jerangkan dia atas api yang sederhana.
2. Kacaukan inti hingga merengas dan separa kering. Angkat dan ketepikan.



Dadih

Bahan-bahan :

2    mgk   Santan
1    cwn   Tepung gandum
1    cwn   Tepung beras
               Garam


Cara :

1. Masukan santan ke dalam periuk dan masak sambil terus mengacau.
2. Kemudian masukan garam.
3. Setelah sedikit mendidih masukan tepung gandum dan tepung beras.
4. Masak sehingga sedikit kental.



Bungkus seperti gambar diatas.



Setelah di kukus ini la hasilnya.....



  



Selamat Menjamu Selera

Lepat Ubi

 

Bahan-bahan :

600   gm  Ubi - di parut dan diperah airya
120   gm  Kelapa  -  putih
2       sb   Santan pekat
1/2    st   Garam
               Daun pisang secukupnya

Air Gula :
100   gm Gula melaka
220   ml  Air
100   gm Gula pasir

Cara :

1. Masak semua bahan air gula sehingga gula larut
2. Angkat dan biarkan sejuk
3. Ubi parut di perah kanjinya dan digaulkan dengan air gula , santan, kelapa parut dan garam sehingga sebati.
4. Ambil sekeping daun pisang yg telah dipotong kecil dan balutkan empat segi ubi tersebut.
Selamat Menjamu Selera

Karipap

 



Inti :

Bahan-bahan :

5  bj     Kentang    -  di potong dadu
1  cwn  Isi ayam/daging  -  di potong dadu
4  bj     Bawang Merah
2  bj     Bawang Putih
1  inci   Halia
2  sb    Rempah Kari
1  st     Cili Boh
1  cwn  Santan
            Garam
            Daun Kari
            Minyak

Cara  :

1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang merah, bawanag putih dan halia.
2. Kemudian masukan cili boh, dan rempah kari. Tumis sehingga garing.
3. Masukan isi ayam/daging. Tunggu ia mendidih sebentar.
4. Masukan kentang dan santan. Letak garam mengikut rasa.
5. Setelah kentang empuk masukan daun kari. Biarkan inti sedikit kering.


Pastri :

Bahan-bahan :

4    cwn    Tepung Gandum
3/4 cwn    Marjerin
                Air secukupnya
                Garam

Cara :

1. Gaul tepung gandum bersana marjerin.
2. Letakan garam.
3. Masukan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh.
4. Rehatkan dalam 15 minit. Kemudian boleh lah di uli doh itu mengikut bentuk yg disukai...


Selamat Menjamu Selera

Nasi Tomato

 

Bahan-bahan :

2       cwn Beras Basmathi
1       bj    Bawang Besar  -  di dadu kecil
2       bj    Bawang Putih   -  di ketuk
1/2  inci    Halia  -  dihiris
1/2    cwn Tomato puree
1/2    cwn Susu Cair
2 1/2 cwn Air
1/2    bj    Tomato - di dadu kecil
2       sb   Minyak Sapi
* bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga untuk menumis

Cara :

1. Panaskan minyak sapi. Tumis kan remapah ratus, bawang besar, bawang putih dan halia.
2. Masukan beras dan goreng seketika. Masukan tomato puree, susu cair, buah tomato dan garam. Alih periuk ke elektrik..
3. Masak nasi seperti biasa.
Selamat Menjamu Selera

Kek Red Velvet


   


Bahan-bahan :

180 gm Mentega
330 gm Gula Kastor
3     bj Telur
1     st Esen Vanilla
270 gm Tepung Kek
30   gm Serbuk Koko
1     st Serbuk Penaik
1     st Soda Bikarbonat
2     st Cuka Putih
2     sb Pewarna Merah
260 ml Butter Milk

Bahan-bahan Buttermilk

260 ml Susu air
1     sb Cuka Putih
* caranya : Satukan susu cair dan cuka  putih, kacau rata dan biarkan selama 15 minit.


Cara membuat kek :

1. Siapkan loyang bulat 8 ini sebanyak 2 pcs.
2. Ayak tepung kek dan serbuk penak bersama serbuk koko.
3. Satukan buttermilk dan pewarna merah.
4. Pukul mentega hingga kembang dan masukan gula. Pukul lagi hingga kembang dan masukan telur sebiji demi sebiji. kemudian masukan esen vanilla.
5. Masukan tepung berselikan dengan buttermilk hingga habis.
6. Satukan cuka putih dengan soda dan gaulkan ke dalam adunan kek hingga rata.
7. Bakarkan selama 30 minit hingga masak. Sejukan sebelum di frosting.


Bahan-bahan frosting :

2 buku Cream Cheese
1 buku Mentega
2     st esen vanilla
2 1/2 cwn Gula Icing

* caranya : Pukul Kembang cream cheese dan masukan mentega dan pukul hingga halus, masukan gula icing dan esen vanilla.


Cara menghias kek :

1. Letakan kek pertama di atas papan kek dan sapu rata dengan frosting tadi.
2. Letak kek kedua diatasnya dan sapukan frosting lagi.
3. Letak lagi kek ketiga ratakan dan hiaskan.
4. Sejukan dahulu sebelum dihidangkan.
Selamat Menjamu Selera

Tat Nenas Gulung


Bahan-bahan :

100 gm Butter Anchor Unsalted
150 gm Buttercup
1     bj  Telur
1     st  Esen Vanilla
350 gm Tepung Gandum
50   gm Tepung Susu
40   gm Gula Icing

Inti nenas secukupnya

Cara :

1. Pukul butter dan gula hingga kembang.
    Masukan telur dan esen vanilla
2. Ayak tepung dan masukan ke dlm adunan bersama-sama tepung susu. Gaul rata.
3. Simpan adunan selama 1 jam sebelum di semperitkan.
4. Semperitkan hingga habis. Sapukan telur diatasnya.
5. Bakar selama 20 minit pada suhu 170 drjh celsiius.
Selamat Menjamu Selera