Pages

Wednesday 17 April 2013

Bergedil


Bahan-bahan :

500    gm  Daging cincang  -  saya guna daging cincang jenama Ramly
5        bj   Bawang merah  - ditumbuk
2        bj   Bawang putih   - ditumbuk
                Jintan Manis     - dikisar halus
                Jintan Putih       - dikisar halus
5        bj   Kentang - dipotong bulat
2        sb   Tepung gandum           
                Daun bawang
                Garam
1        bj   Telur


Cara :

1. Daging cincang diperap bersama bawang merah, bawang putih, jintan manis dan jintan putih. Kemudian digoreng seketika biar daging separuh masak.
2. Kentang yg dipotong bulat digaul bersama garam dan goreng sehingga masak. setelah masak toskan dan lecek kentang yang masih panas itu.
3. Campurkan kentang ke dalam daging cincang. Masukan telur dan gaul rata.
4. Kemudian masukan tepung gandum dan gaul hingga adunan boleh dikepal. Sekiranya lembik tambah lagi  tepung.
5. Akhir sekali masukan daun bawang yg dihiris halus.
6. Bulat-bulatkan adunan  mengikut besar yg disukai.
7. Apabila hendak menggoreng celupkan ke dalam telur yg telah dipukul dan goreng bergedil sehingga  masak.

Selamat Menjamu Selera

No comments: