Pages

Tuesday, 16 April 2013

Nasi Tomato

 

Bahan-bahan :

2       cwn Beras Basmathi
1       bj    Bawang Besar  -  di dadu kecil
2       bj    Bawang Putih   -  di ketuk
1/2  inci    Halia  -  dihiris
1/2    cwn Tomato puree
1/2    cwn Susu Cair
2 1/2 cwn Air
1/2    bj    Tomato - di dadu kecil
2       sb   Minyak Sapi
* bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga untuk menumis

Cara :

1. Panaskan minyak sapi. Tumis kan remapah ratus, bawang besar, bawang putih dan halia.
2. Masukan beras dan goreng seketika. Masukan tomato puree, susu cair, buah tomato dan garam. Alih periuk ke elektrik..
3. Masak nasi seperti biasa.
Selamat Menjamu Selera

Kek Red Velvet


   


Bahan-bahan :

180 gm Mentega
330 gm Gula Kastor
3     bj Telur
1     st Esen Vanilla
270 gm Tepung Kek
30   gm Serbuk Koko
1     st Serbuk Penaik
1     st Soda Bikarbonat
2     st Cuka Putih
2     sb Pewarna Merah
260 ml Butter Milk

Bahan-bahan Buttermilk

260 ml Susu air
1     sb Cuka Putih
* caranya : Satukan susu cair dan cuka  putih, kacau rata dan biarkan selama 15 minit.


Cara membuat kek :

1. Siapkan loyang bulat 8 ini sebanyak 2 pcs.
2. Ayak tepung kek dan serbuk penak bersama serbuk koko.
3. Satukan buttermilk dan pewarna merah.
4. Pukul mentega hingga kembang dan masukan gula. Pukul lagi hingga kembang dan masukan telur sebiji demi sebiji. kemudian masukan esen vanilla.
5. Masukan tepung berselikan dengan buttermilk hingga habis.
6. Satukan cuka putih dengan soda dan gaulkan ke dalam adunan kek hingga rata.
7. Bakarkan selama 30 minit hingga masak. Sejukan sebelum di frosting.


Bahan-bahan frosting :

2 buku Cream Cheese
1 buku Mentega
2     st esen vanilla
2 1/2 cwn Gula Icing

* caranya : Pukul Kembang cream cheese dan masukan mentega dan pukul hingga halus, masukan gula icing dan esen vanilla.


Cara menghias kek :

1. Letakan kek pertama di atas papan kek dan sapu rata dengan frosting tadi.
2. Letak kek kedua diatasnya dan sapukan frosting lagi.
3. Letak lagi kek ketiga ratakan dan hiaskan.
4. Sejukan dahulu sebelum dihidangkan.
Selamat Menjamu Selera

Tat Nenas Gulung


Bahan-bahan :

100 gm Butter Anchor Unsalted
150 gm Buttercup
1     bj  Telur
1     st  Esen Vanilla
350 gm Tepung Gandum
50   gm Tepung Susu
40   gm Gula Icing

Inti nenas secukupnya

Cara :

1. Pukul butter dan gula hingga kembang.
    Masukan telur dan esen vanilla
2. Ayak tepung dan masukan ke dlm adunan bersama-sama tepung susu. Gaul rata.
3. Simpan adunan selama 1 jam sebelum di semperitkan.
4. Semperitkan hingga habis. Sapukan telur diatasnya.
5. Bakar selama 20 minit pada suhu 170 drjh celsiius.
Selamat Menjamu Selera

Biskut Coklat Chip

  

Bahan-bahan:

250   gm   Buttercup
1 1/2 cwn Gula Kastor
2       biji   Telur
1       st     Esen Vanilla
2 1/4 cwn Tepung Kek
1       cwn Badam cincang
1/2    cwn Oat
1/2    cwn Nestum
3/4    cwn Serbuk Koko
1/2    cwn Coklat Chip


Cara :

1. Pukul Butter dan gula, masukan telur dan esen vanilla.
2. Ayak tepung dan serbuk koko, masukan ke dalam adunan.
3. Masukan badam, oat, nestum dan coklat chip, gaul rata.
4. Sudukan dan tekan dengan garpu.
5. Bakar pada suhu 170 drjh celsius selama 20 minit
Selamat Menjamu Selera

Kek Lapis Masam Manis

 

Bahan-bahan :

200 gm Mentega Buttercup
200 gm Marjerin Pelangi
150 gm Susu Pekat
150 gm Gula Kastor
20   gm Ovalatte
7    biji  Telur
230 gm Tepung HongKong
100 gm Serbuk Horlicks
1/2   st Serbuk Penaik
2      st Pewarna Hijau
2      st Pewarna Kuning
8  bgks Asam Manis
2    kpg Piping Bag


Cara :

1. Pukul kembang mentega, marjerin dan susu pekat.
2. Pukul kembang gula, ovalatte dan telur.
3. Satukan adunan tadi dan masukan tepung dan serbuk horlicks. Gaul rata dan bahagikan kepada dua 
    bahagian.
4. Satukan bahagian warna kuning dan satu bahagian lagi warna hijau.
5. Kukus berselang seli asam manis hingga masak.

Selamat Menjamu Selera

Kek Lapis Batik

  


Bahan-bahan :

200 gm Mentega (Buttercup)
200 gm Majerin Pelangi
150 gm Susu Pekat
150 gm Gula Kastor
20   gm Ovalatte
7     biji Telur
230 gm Tepung Hong Kong
100 gm Serbuk Horlicks
1/2  st Serbuk Penaik
150 gm Jem Strawberri
2     st Pewarna Hijau
2     st Pewarna Merah
2 kpg Piping Bag

Caranya:

1. Pukul kembang mentega, marjerin dan susu pekat.
2. Pukul kembang gula,ovallate dan telur.
3. Satukan adunan tadi dan masukkan tepung dan serbuk horlicks. Gaul rata , masukan jem dan bahagikan
    kepada 2 bahagian.
4. Satu bahagian warna merah dan satu bahagian lagi warna hijau.
5. Kukuskan selang seli hingga habis....


Selamat Menjamu Selera

Wednesday, 27 March 2013

Kuih Ros



Bahan 

250 gm tepung gandum
100 gm tepung beras
400 gm tepung sagu
500 gm gula aising
2 biji kelapa - diambil santannya (dalam 13 cawan)
4 biji telur (saiz b)

Caranya

Bancuh semua bahan ke dalam mangkuk
Sekiranya bergentel blend sedikit agar lebih sebati
Panaskan minyak
Celupkan acuan dan goreng ke dalam minyak tadi
Setelah masak,toskan.
Selamat Menjamu Selera